About

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai Hari Pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami ke jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat. (Surah Al Fatehah).

Pahamkanlah rasa kasih Mu, pertolongan Mu dan petunjuk Mu

Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Abu Bakar yang sangat kuat membenarkan Islam, Umar yang dapat membezakan antara baik dan jahat, Utsman yang amat taat kepada Tuhan yang Maha Penyayang, Ali yang menjadi penyokong agama, Muhammad Imamul Mahdi, kesemuanya khalifah-khalifah Rasulullah SAW 

Bersandarkan Rasul Mu dan khalifah-khalifahnya kami meminta kasih Mu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang  terhadap orang-orang mukmin. Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki Arasy yang agung. (Surah At Taubah: 128-129)

Terhadap Mu dan Rasul yang sebaik, seagung itu, terasa diri kami kurang ajar menghadapi mereka. Zalimnya hamba ini yang tidak mempedulikan cinta agung dari Mu yang Maha Baik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Allah yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada suatu pun yang setara dengan-Nya. (Surah Al Ikhlas)

Benar-benar hanya kepada Mu lah kami bergantung.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan apabila kamu membaca Al Quran nescaya akan Kami adakan di antara kamu dengan orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan Akhirat suatu dinding yang tertutup. (Surah Al Israk: 45)

Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti. (Surah Al Baqarah: 171)

Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), maka Kami kaburkan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. (Surah Yaasin: 9) 

 Berikanlah kami perlindungan dari musuh-musuh Mu, dari Godaan Syaitan dan

Godaan nafsu dalam diri ini.

Ya Allah kurniakanlah kesejahteraan dan keselamatan kepada penghulu kami Muhammad, Nabi yang tidak perlu membaca dan menulis, dan demikian juga kepada sekalian ahli keluarganya dan Sahabat-Sahabatnya, seberapa banyak bilangan yang Engkau ketahui dan seberapa berat timbangan yang Engkau ketahui dan sepenuh apa jua yang Engkau ketahui.

Terima kasih kami kepada Rasulullah SAW, keluarga dan Sahabat. Senantiasa kami panjat salawat dan keselamatan  mereka. Kerana merekalah, segalanya diberikan Allah kepada manusia.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman): Hai gunung-gunung dan burung-burung bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud, dan Kami telah melunakkan besi untuknya. (Iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan tentukan ukuran dengan tepat, dan kerjakanlah amalan yang soleh, sesungguhnya Aku melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Surah Saba: 10-11)

Terima kasih atas pemberian Mu yang begitu besarnya…

Leave a response

Your response: